Sep 26, 2009

Eid Mubarak ;)

Allah, lamanya tak update blog ni. Huhuhu..

-------

(1) Episod Ramadhan

Serasa 'blur' dgn Ramadhan kali ini. Duhai, rasa berantakan jiwa. Dikejar kesibukan, dibuai kepenatan, tidur boleh dikira jamnya: Saya begitu lemah lagi capek.

Pun begitu, saya masih mahu salahkan diri, walau faktor luar banyak menyumbang kepada "ketidakkonsistenan" amalan;(

Itu dari saya. Dan sahabat lain sama juga mengejar waktu demi menyiapkan setiap tugasan. Di padang kami berkejaran, di bilik kuliah pun berpisat-pisat menadah ilmu. Sudah tak boleh mengenang masa lapang.


Dalam keletihan (kadang tak tidur semalaman), bazar Ramadhan adalah salah satu perkara yang menjadi tapak menghamburkan lelah. Sebab?

Ada banyak benda yang menggembirakan di sana. Ada manusia yang pelbagai. Ada makan, minum. Dan, sebagai pemerhati, itu semua memberi senyuman. Hehe..

Iftar jama'ie mungkin kedengaran janggal bagi teman-teman baru saya. Mereka bertanya semula apakah ia. Saya terangkan "iftar jama'ie ni berbuka puasa beramai-ramai".

Dan, di Perlis, masih dapat mengimarahkan iftar jemaah ini. Berkumpul rakan sekelas, bersama pensyarah di meja juadah adalah perkara yang menyeronokan. Makin rapat hubungan kami semua :)

----------

(2) Episod raya

Angah dan Ir balik. Best raya kami. Erm, dan saya dan adik dah selamat bertunang :)

Seawal perancangan ianya cumalah majlis risik, namun sehari sebelum majlis, semuanya bertukar.

Allah, saya dan mak cukup kelam kabut siapkan segalanya. Hal di rumah untuk kenduri, hantaran saya lagi: cukup menguji ketahanan kami semua.

Dalam gembira, saya lihat ayah menahan sebak sewaktu menutup majlis pertunangan saya. Airmata saya turut tertahankan. Saya faham apa yang ayah rasa. Anak sulungnya sudah disunting orang.

Along sayang ayah!

Terima kasih pada mak, ayah dan semua yang telah bertungkus lumus memeriahkan majlis pertunangan saya dan adik. Terima kasih mak, terima kasih ayah, terima kasih Allah.

---------

Rasa banyak perubahan yang berlaku 2009 ini.

Erm..di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan eid mubarak kepada anda semua. Moga Syawal ini memberi makna sebenar setelah sebulan kita berpuasa. Maafkan segala kesilapan saya ya. Allahuyubarikfikum..

No comments: